This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk mahu ambil alih

Kosmo 23/1/2006

KUALA LUMPUR - Penduduk flat Setapak Indah Jaya dalam dilema setiap hari apabila pelbagai masalah di kawasan kediaman yang membuatkan mereka tidak senang duduk.

Kawasan kediaman yang tidak terurus, kotor dan kerosakan kemudahan menyebabkan penduduk berpakat untuk mendapatkan hak mengurus sendiri kediaman mereka.

Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Taman Setapak Indah Jaya, Soon Chai Hock berkata, kawasan itu semakin tidak terjaga disebabkan pihak pengurusan telah menghilangkan diri.

"Mereka yang sepatutnya menguruskan tempat ini telah menghilangkan diri sejak September tahun lalu dan menyebabkan keadaan kotor serta kemudahan yang rosak tidak dibaiki.

"Keadaan ini menyebabkan yuran penyelenggaraan kediaman, pembayaran bil air dan elektrik yang sepatutnya dikutip oleh pihak pengurusan, tertunggak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan itu oleh penduduk bersama Ahli Parlimen Wangsa Maju, Yew Teong Look dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

Menurut Chai Hock, sehingga kini mereka terpaksa menanggung beban hutang kepada Tenaga Nasional Bhd. (TNB) sebanyak RM92,000 dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berjumlah RM72,000.

Flat Setapak Indah Jaya yang terdiri daripada tiga blok dengan 504 unit kediaman menempatkan lebih 2,500 orang.

Antara masalah yang menyusahkan penduduk ialah lif yang selalu rosak.

Sementara itu, Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Wangsa Maju, Yew Teong Look memberi jaminan pihaknya akan meneliti masalah yang berlaku dan cuba membantu.

Menurutnya, perbincangan akan diadakan dengan TNB, Syabas, DBKL serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memastikan masalah berkaitan diselesaikan segera.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.