This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk mahu pemaju tunai janji

Berita Harian 24/1/2006

SHAH ALAM: Penduduk Islam sekitar Kota Kemuning di sini mendesak Hicom-Gamuda Development Sdn Bhd mengekalkan tapak kubur, masjid dan sekolah agama mengikut pelan asal yang diluluskan pada 2002.

Mereka mahu pemaju mengekalkan Pelan Kebenaran Merancang yang diluluskan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 28 Disember 2002.

Mengikut pelan itu, keluasan tapak masjid ialah dua hektar, kubur (5.5 hektar) dan sekolah agama (1.8 hektar).

Dalam memorandum yang dihantar kepada pemaju semalam, mereka berharap pemaju tidak tunduk kepada tekanan pihak tertentu kerana kebanyakan mereka membeli rumah kerana dijanjikan kemudahan berkenaan.

Imam Kota Kemuning, Mohd Figal Ismail, berkata penduduk beragama Islam juga menentang sebarang cadangan mengubah lokasi dan mengecilkan keluasan tapak.

"Kita cuma mahu hak yang dijanjikan kepada pembeli beragama Islam dikekalkan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Memorandum ditandatangani Mohd Fisal, Imam II Kota Kemuning, Abdul Rahim Daud; Pengerusi Surau An-Najihin, Idris Mohd Jais; Pengerusi Surau As-Solehin, Mohd Subari Selamat; Pengerusi Surau AI-Hijrah, Mohd Nor Saad dan Pengerusi Surau Al- Firdaus, Mohd Ashraf Seleman.

Mereka yang mewakili kira-kira 40 peratus daripada 23,000 penduduk Islam menyerahkan memorandum kepada Pengurus Pentadbiran dan Sumter Manusia Hicop-Gamuda, Mohamed Ibrahim Nar Hussain jam 3.30 petang.

Hampir 100 penduduk Islam turut mengiringi mereka menyerahkan memorandum. la dipercayai susulan memorandum bantahan yang dihantar pihak tertentu mengenai isu sama kelmarin.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.