This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

MPSJ lulus CF selepas jalan, parit dibina

Berita Harian 6/1/2006

KUALA LUMPUR: Pemaju Taman Lestari Perdana di Seri Kembangan minta menyiapkan kemudahan jalan raya dan sistem perparitan terlebih dulu sebelum menerima sijil layak menduduki (CF).

Sijil berkenaan akan hanya dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sekiranya pemaju mematuhi syarat ditetapkan.

Yang Dipertua MPSJ, Mohd Arif Abd Rahman, berkata pemaju perlu menyiapkan sepenuhnya jalan masuk utama serta longkang di taman perumahan berkenaan dan pada masa sama menyelesaikan sambungan pembinaan jalan dan persimpangan bertingkat di kawasan itu sebelum CF dapat diluluskan.

"Kami sedia maklum dan memandang serius masalah infrastruktur yang dihadapi penduduk berkenaan seperti jalan, longkang dan landskap yang tidak sempurna.

"Masalah yang sama juga berlaku di kawasan Pinggiran Putra Taman Equine dan Puncak Jalil kerana ia adalah kawasan pembangunan yang baru dan projek pembinaan masih berjalan," katanya kepada Sentral di sini.

Sebelum ini, Sentral melaporkan kira-kira 50 penduduk Taman Lestari Perdana bukan saja tertekan dan kecewa kerana tidak memperoleh CF tetapi juga menghadapi masalah infrastruktur yang tidak sempurna sejak bertahun-tahun.

Penduduk rumah teres dua tingkat di situ turut mendakwa hanya menerima CF sementara yang tamat tempoh sejak enam bulan lalu.

Mereka turut mendakwa permohonan untuk melanjutkan CF sementara tidak dilayan MPSJ dengan memberikan alasan sijil sedia ada masih boleh
digunakan.

Mohd Ariff berkata, MPSJ mengeluarkan CF sementara kepada pemaju pada 9 November 2004 dan sah sehingga 8 Mei tahun lalu dengan dua syarat yang dikemukakan itu.

"CF sementara sudah diluluskan pada mesyuarat pelan pembangunan 27 November lalu. Bagaimanapun, CF tidak diberikan selagi pemaju tidak mematuhi syarat dikenakan," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.