This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Mangsa batu runtuh pulang ke rumah sabtu ini

Utusan Malaysia 18/1/2006

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Semua pemilik rumah di Taman Bukit Pandan, Cheras di sini yang menjadi mangsa batu runtuh menimpa rumahnya, dijangka pulang ke rumah masing-masing Sabtu ini untuk menyambut Tahun Baru Cina berikutan tindakan pemaju perumahan itu membina pagar besi sebagai penghadang.

Jurucakap Mudi Angkasa Sdn. Bhd. anak syarikat Talam Coporation yang memajukan taman perumahan dan hanya mahu dikenali sebagai Tay itu berkata keadaan akan lebih selamat selepas pagar besi yang dibina mengikut piawaian lnstitut Kajian Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) siap sepenuhnya Ahad lepas.

"Kita berharap dapat menyelesaikan kerja mengorek cerun dan membuang batu yang mungkin runtuh dalam masa tiga hari lagi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, tiga jentera pengorek telah bekerja sehingga 10 malam setiap hari untuk memastikan kerja-kerja tersebut dapat disiapkan secepat mungkin, malangnya cuaca hujan telah melambatkan kerja-kerja berkenaan.

" Saya harap semua penghuni yang terlibat dapat pulang dan menyambut Tahun Baru Cina dalam keadaan gembira selepas ini,"kata Tay.

Sebelum ini, kesemua sembilan pemilik rumah dan keluarga di taman perumahan itu telah dipindahkan ke sebuah hotel di sini yang kosnya ditanggung sepenuhnya oleh Mudi Angkasa selepas kejadian batu runtuh menimpa dua buah rumah pada 5 Januari lepas, dan sekali lagi pada hari berikutnya.

Runtuhan itu dipercayai berpunca dari sebuah projek perumahan yang sedang dilaksanakan oleh syarikat lain di atas bukit tersebut.

Sementara itu, dua pemilik rumah terbabit, Loh Yew Wai, 56, dan bekas ejen insurans yang hanya mahu dikenali sebagai Choo berkata mereka tidak menghadapi sebarang masalah berpindah tetapi berharap kontraktor dapat menyiapkan kerja sebagaimana dijanjikan.

"Kami tidak ada anak yang bersekolah, bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai anak mungkin menghadapi sedikit kesukaran menguruskan persekolahah anak masing-masing," kata Loh.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAT) telah menempatkan anggota penguat kuasanya 24 jam untuk mengawasi kerja-kerja pembersihan yang dijalankan.-Bernama

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.