This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

 

Kembalikan duit kami!
 02/01/2006 Utusan Malaysia

SUBANG JAYA 1 Jan.- "Kembalikan duit kami!," gesa pembeli Kondominium Coral Vista kepada pihak pemaju perumahan berkenaan.

Ia berikutan kegagalan pihak pemaju menyiapkan rumah yang dijanjikan setelah sembilan tahun projek dijalankan.

Kondominium 14 tingkat serta mempunyai tiga blok bangunan itu menjanjikan pelbagai kemudahan antaranya klam mandi, taman permainan kanak-kanak dan sauna.

Seorang pembeli, Norzakiah Ismai, 45, mendakwa, dia membeli kediaman tersebut pada 1996 namun sampai sekarang tiada tanda-tanda ia akan disiapkan.

Tambahnya, pihak bank telah membayar sebanyak RM33,363.40 kepada pemaju.

"Itu belum termasuk faedah yang saya kena bayar.

"Sekarang saya terpaksa membayar lebih RM300 sebulan bagi tempoh 15 tahun untuk rumah yang sebenarnya tidak wujud," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut Zakiah, syarikat berjanji akan membayar balik wangnya tidak wangnya tidak termasuk faedah yang dikenakan pihak bank dan kos guaman pada Julai 2004.

Malangnya sampai sekarang, tiada khabar berita daripada pemaju.

"Mereka seolah-olah membiarkan saya menanggung beban hutang.

"Kami cuma mahu wang kami dikembalikan," tegasnya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rumah tersebut hanya siap 20 peratus dan kawasannya sudah ditumbuhi semak samun.

Tambah Zakiah, pemaju pernah mengadakan perbincangan dengan pembeli mengenai masalah tersebut namun tiada keputusana dicapai.

"Dah sembilan tahun, sepatutnya kes ini sudah diselesaikan," ujarnya.

Seorang pekerja swasta, Maznah Mohamad, 42, berkata borang tuntutan telah dihantar kepada pemaju pada 1998 namun sehingga kini tiada sebarang jawapan.

Menurutnya, pihak pemaju harus bertanggunjawab di atas kerugian pembelian.

"Saya telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli rumah ini, yuran guaman bank dan rumah serta pelbagai lagi.

"Masalah ini harus diselesaikan bukan melarikan diri," katanya.

Maznah berkata, dia telah beberapa kali menghubungi pihak pemaju namun tiada jawapan positif diberikan oleh mereka.

Tambahnya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan patut mengambil tindakan sewajarnya kepada pemaju yang tidak bertanggunjawab supaya nasib pembeli terbela.

"Penyelesaian segera mengenai isu ini harus dilakukan bagi kebaikan kedua-dua pihak, " ujarnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.