This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Ka Ting arah atasi Taman Wawasan mendap
Utusan Malaysia 10/1/2006

TANJONG KARANG 9 Jan. - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan bertindak untuk mengatasi masalah perumahan Taman Wawasan, di sini yang mengalami masalah condong kerana mendap dan tidak selamat diduduki.

Menterinya, Datuk Seri Ong Ka Ting memberi jaminan itu dan akan mengarahkan ketua penguat kuasa kementerian berkenaan bagi menyiasat dan mengkaji masalah perumahan tersebut untuk diatasi segera.

"Kementerian memang mempunyai bidang kuasa yang mahu sesebuah projek perumahan mesti disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam keadaan baik.

"Pihak penguat kuasa kementerian sedia mendengar dan menyiasat seterusnya bertindak terhadap
aduan yang dibuat." katanya.

Ka Ting menyatakan demikian pada majlis makan malam anjuran MCA Bahagian Tanjong Karang di Dewan Datuk Hormat di sini malam kelmarin.

Pada majlis itu, Jawatankuasa Bertindak Perumahan Taman Wawasan telah menyampaikan aduan mengenai perumahan yang bermasalah itu kepada menteri berkenaan.

Terdahulu Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar pada majlis yang sama menyatakan perumahan Taman Wawasan itu telah siap untuk diduduki tetapi ia didapati condong dan akan runtuh.

Katanya, masalah itu telah diadukan kepada pihak yang berkenaan termasuk Lembaga Perumahan  Negara, Kerajaan Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan pemaju terbabit.

"Rumah yang terlibat sebanyak 33 unit mengandungi rumah kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi ini didapati telah condong dan tidak selamat diduduki," katanya.

Noh yang juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri merayu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar campur tangan bagi menyelesaikan masalah rumah condong itu.

Belia berharap, jika pihak tribunal perumahan patut berperanan dalam kes perumahan Taman Wawasan ini kerana pihak pemaju gagal dikesan untuk mengatasinya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Taman Wawasan Tanjong Karang, Aida Hasan berkata, bangunan rumah berkenaan mengalami pemendapan dan condong yang amat ketara dan berlaku keretakan.

"Buktinya jika diletakkan benda seperti botol ia akan bergolek perlahan-lahan mengikut arah kecondongan yang berlaku," katanya.

Apa yang menghairankan, kata Aida, Sijil Layak Menduduki (CF) rumah itu dikeluarkan oleh MDKS dalam keadaan rumah yang sedia condong.

"Apabila diadukan, pihak MDKS serta merta menarik balik CF dan mengarahkan rumah berkenaan dikosongkan.

"Masalah ini berlarutan dan membebankan pembeli berkenaan bukan sahaja terpaksa membayar hutang pinjaman perumahan setiap bulan sejak dua tahun lalu dan dalam masa yang sama membayar sewa rumah lain yang diduduki sekarang," katanya.

Aida berkata, rumah yang bermasalah itu berharga RM30,000 bagi rumah kos rendah, RM60,000 rumah kos sederhana dan RM150,000 rumah kos tinggi.

"Pembelinya terdiri daripada keluarga pelbagai kaum dan kebanyakan pembelian itu dibuat melalui pinjaman perumahan kerajaan dan bank.

"Dalam keadaan sekarang kami terpaksa membayar hutang untuk rumah yang siap tetapi tidak dapat diduduki dan ini sungguh membebankan kami," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.