This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

'Daftar LPHS elak projek terbengkalai'

BH 05/01/2006 Oleh Rafidah Mat Ruzki


SHAH ALAM: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mencadangkan perunding projek di negeri ini didaftarkan dengan agensi itu sebagai usaha mencegah projek terbengkalai.

Perunding yang berdaftar akan diwajibkan mengemukakan laporan setiap projek pembangunan bersama jadual kerja.

Pengarah Eksekutif LPHS, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata ketika ini kebanyakan perunding projek gagal mematuhi Jadual Kedua Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 yang mengkehendaki mereka menyerahkan Borang A, B, C, D, dan E yang berkaitan projek pembangunan.

Salinan borang perlu dikemukakan kepada LPHS bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan pemantauan.

LPHS juga akan menjadi pusat sehenti yang mengumpul dan mengedarkan maklumat kepada bank, PBT serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai amaran awal jika projek terbengkalai.

Lawatan tapak akan dilakukan dari semasa ke semasa membabitkan perunding projek, bank dan PBT jika projek menunjukkan tanda bermasalah.

Alinah berkata, LPHS juga akan mendapatkan maklumat lengkap projek terbengkalai yang berpotensi dipulihkan seperti nama projek dan pemaju, punca terbengkalai, bilangan unit yang dibina dan dijual.

Maklumat lain ialah tarikh dan tempoh perjanjian jual beli, status Akaun Pemaju Perumahan (HDA), nilai wang yang sudah dikeluarkan bank kepada pemaju atau pembeli, nilai projek dan peratus siap.

Katanya, melalui kaedah itu juga, perjanjian sebelum itu akan dinilai semula bagi memastikan sama ada ia perlu ditamatkan atau perlu perjanjian tambahan.

"Bank akan diminta membantu dalam penstrukturan semula pinjaman jika perlu," katanya sambil menambah pemaju yang layak akan dijemput berbincang.

Beliau berkata, pembeli perlu menubuhkan jawatankuasa mewakili pembeli bagi membolehkan kerja pemulihan disempurnakan sebaik maklumat diperoleh dan cadangan penyelesaian diterima.
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.