This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Cukai pintu mesti mesra rakyat : Ong

Berita Harian 14/1/2006

KLANG: Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya sudah mengambil kira semua aspek termasuk kepentingan penduduk di kawasan masing-masing sebelum menaikkan kadar cukai pintu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, berkata setiap PBT perlu peka dengan keadaan dan isu membabitkan kawasan masing-masing.

Katanya, kenaikan cukai pintu adalah dalam bidang kuasa PBT dan pandangan kerajaan negeri juga penting ketika membuat keputusan.

"Saya tidak dapat membuat ulasan, mana satu PBT atau kerajaan negeri yang wajar menaikkan cukai pintu atau tidak kerana semua kerajaan negeri ada sebab masing-masing untuk membuat keputusan.

"Setiap PBT ada kuasa mengikut perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memupuk Budaya Politik Sihat dan Kempen Kesedaran Memandu Dengan Cermat dan Selamat anjuran MCA Selangor di sini, semalam.

Beliau ditanya mengenai kewajaran tindakan PBT menaikkan kadar cukai pintu ketika rakyat negara ini sudah dibebani dengan kenaikan harga barang berikutan peningkatan kos minyak.

Ong berkata, jika sesuatu PBT itu memiliki banyak harta bernilai dan aktiviti pelaburan, ia berpotensi mendapatkan hasil yang banyak dan menjadi PBT lebih berkemampuan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.