This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Bukit Sentosa, Bukit Beruntung terbiar
Berita Harian 7/1/2006

BUKIT Sentosa dan Buklt Beruntung begitu gah kerana di sinilah dianggap pintu masuk yang cepat untuk ke Genting Highlands dan seterusnya ke pantai timur bagi pengguna jalan raya dari utara tanpa perlu menghadapi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Malah melalui kedua-dua bandar ini untuk ke destinasi yang dinyatakan itu pada waktu siang amat menarik. Tetapi malangnya mengapa kawasan sekitarnya terbiar? Bahu jalan dipenuhi lalang dan belukar.

Rumah masih banyak kosong dan terbiar. Pengalaman yang sama saya alami apabiIa melalui jalan di kedua-dua kawasan perumahan ini pada waktu malam menggerunkan. Lampu jalan di sekitar perumahan Semarak, Kemboja hingga ke Widuri yang dianggap jalan raya utama dari lebuh raya bertol ke Rasa dan Kuala Kubu Baharu masih banyak tiang lampu yang tidak menyala.

Bukan sekalidua malah beratus kali saya melalui kawasan, lampu jalan tetap tidak dinyalakan. Majlis Daerah Hulu, Selangor juga patut dipersalahkan, tidak pernah buat pemantauan.

Saya percaya penduduk di kawasan ini pembayar cukai pintu yang setia. Pemaju yang memonopoli projek perumahan juga tidak harus peluk tubuh, lepas tangan daripada tanggungjawab selepas menjual rumah.

Takkan kawasan perumahan yang menjadi kebanggaan negeri Selangor suatu masa dulu dibiar begitu saja?

Pelancong asing jika melalui kawasan ini tentu terkejut, banyak projek perumahan yang sudah siap masih terbiar, cermin tingkap dan pintu hilang entah ke mana.

Di kawasan berhampiran Widuri dan Kemboja, kawasannya seakan-akan didirikan dalam hutan belukar.

Saya minta pihak berkenaan bertindak bijak, kerana pengguna mengharapkan yang terbaik hasil bayaran bil elektrik yang diterima daripada pengguna setiap bulan.


PENGGUNA KECEWA, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.