This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Cadangan jual rumah siap
Harian Metro 04/09/2005

KUALA LUMPUR: Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA)) mencadangkan kerajaan melaksanakan sistem 'Bina dan Jual 10:90' bagi mengatasi masalah pembeli ditipu pemaju hingga menyebabkan projek perumahan terbengkalai.

Timbalan Presiden HBA Brg Jen (B) Datuk Goh Seong Toh, berkata melalui sistem itu, pemaju tidak boleh menggunakan wang tempahan 10 peratus daripada harga rumah yang dibayar pembeli ketika projek dilancarkan, sebaliknya disimpan peguam menerusi satu akaun khas apabila menandatangani perjanjian jual-beli rumah.

Katanya, pemaju hanya boleh mengambil wang tempahan itu berserta faedah terkumpul dan baki harga rumah yang perlu dijelaskan apabila projek perumahan siap dibina untuk diserahkan kepada pembeli.

"HBA merayu kerajaan supaya menukar konsep pembelian dan penjualan rumah sedia ada kerana konsep itu menyusahkan ramai pembeli rumah yang terpaksa berdepan kerenah dan ditipu pemaju projek perumahan selepas mendapatkan wang," katanya pada persidangan akhbar di pejabat HBA di sini semalam.

Goh berkata, ramai pembeli rumah kini menanggung beban kewangan dan menghadapi tekanan psikologi kerana pembinaan rumah yang dibeli terbengkalai.

Penasihat HBA, Datuk Seri Yuen Yuet Leng, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata konsep baru dicadangkan persatuan itu menyamai konsep membeli kereta bagi mengurangkan masalah yang dihadapi pembeli.

Katanya, masalah projek perumahan terbengkalai yang mencecah kerugian lebih RM7 billion sepanjang tahun lalu boleh melumpuhkan ekonomi negara apabila pembeli takut kemungkinan berdepan masalah ditipu pemaju dan rumah tidak siap.

Seorang lagi penasihat HBA, Ernest Cheong, berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hendaklah lebih prihatin terhadap masalah pembeli rumah.

Beliau mencadangkan pembeli yang berdepan masalah projek rumah terbengkalai berjumpa wakil rakyat mereka mengenai masalah dihadapi supaya perkara itu dapat dibawa ke tengah. - Bernama

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.