This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk bantah taman permainan dibina rumah
Utusan Malaysia 22/8/2005

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan cadangan membangunkan taman permainan dan rekreasi di Taman Metropolitan Batu dekat sini sebagai kawasan perumahan mewah, terus mendapat bantahan penduduk kawasan perumahan itu.

Kira-kira 50 penduduk hari ini mengadakan demonstrasi membantah tindakan DBKL itu yang turut disertai Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Selain membawa sepanduk 'Selamatkan Taman Metropolitan Batu', penduduk terbabit turut menulis perkataan itu di dinding sekeliling kawasan projek tersebut.

Tian Chua berkata, DBKL tidak sepatutnya meluluskan permohonan pemaju itu, kerana taman permainan dan rekreasi merupakan sebahagian daripada syarat pelan pemaju Taman Metropolitan Batu.

Tindakan DBKL itu juga, katanya, menafikan hak penduduk dan anak-anak mereka untuk berekreasi dan di taman berkenaan.

"Kami hairan bagaimana taman rekreasi yang dibina dengan duit yang dikutip oleh DBKL daripada rakyat ini diluluskan untuk pembangunan sebuah kawasan perumahan mewah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi itu.

Menurut Tian Chua, pembangunan kawasan perumahan mewah itu melibatkan hampir 17 hektar iaitu kira-kira 10 peratus daripada 175 hektar keluasan taman berkenaan.

Katanya, ia melibatkan pembinaan 28 unit banglo tiga tingkat yang dianggarkan RM1 juta seunit.

Tian Chua berkata, penduduk mempertikaikan kedudukan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Shaid Mohd. Taufek sebagai salah seorang pengarah dalam syarikat pemaju berkenaan.

Menurutnya, pelantikan Mohmad Shaid itu dibuat beberapa bulan sebelum syarikat pemaju terbabit mengemukakan pemohonan kepada DBKL untuk membangunkan perumahan mewah di kawasan itu.

Beliau syak ‘sesuatu yang tidak kena' berlaku ketika DBKL meluluskan permohonan pemaju terbabit.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.