This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju potong bekalan air
BH 30/08/2005 Oleh Badrul Hizar Ab Jabar

PETALING JAYA: Seramai 40 keluarga di kawasan perumahan Pangsapuri Permai, Damansara Damai di sini, kesal sikap pemaju yang mengendalikan kerja penyelenggaraan memotong bekalan air ke rumah mereka.

Penduduk mendakwa, pemaju tidak menjalankan kerja penyelenggaraan dan pengurusan dengan sempurna walaupun membayar RM60 sebulan bagi perkhidmatan itu.

Mereka mendakwa pemaju mengambil sikap lepas tangan dengan memberi pelbagai alasan apabila penduduk mengadu masalah penyenggaraan di kawasan rumah berkenaan.

Seorang penduduk, Chew Jyn Chyn,40, berkata beliau tidak faham kenapa penduduk harus membayar bil elektrik dan air kepada pemaju sedangkan ia seharusnya dibayar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Pengurusan Air Selangor (Syabas). “Kami mengambil keputusan tidak membayar wang penyelenggaraan kepada pemaju dan mereka terus memotong bekalan air. Selain itu, saya sangsi kenapa semua bil elektrik yang diterima penduduk beralamat pemaju sedangkan ia sepatutnya beralamat rumah penduduk sendiri.

“Seperkara lagi, selepas paip air dibuka, paip air lain akan ditukar dan kami tidak tahu apakah tujuan mereka melakukannya,” katanya.

Beliau berkata, syarikat terbabit tidak sepatutnya bertindak sesuka hati tanpa merujuk kepada wakil penduduk mengenai kerja pemotongan air kerana ia menyusahkan mereka, terutama yang mempunyai anak bersekolah.

“Apa salahnya pemaju memaklumkan pemotongan air kepada penduduk. Jika ini dilakukan, ia memudahkan kami menyimpan air secukupnya.

“Kami juga tidak puas hati dengan sikap pemaju kerana mengabaikan kebajikan penduduk seperti tidak membaik pulih kerosakan bangunan, taman permainan dan tidak menyediakan tong sampah dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Jusoh Ngah, 39, berkata ada kontraktor pengangkut sampah tidak mengangkut sampah yang dilonggokkan di luar tong sampah yang disediakan.

“Ada penduduk terpaksa membuang sampah di luar tong yang sudah penuh kerana lambat diangkut,” katanya.

Ng Chee Kuan,38, berkata pemaju juga tidak memperbaiki bahagian bumbung pangsapurinya dengan sempurna walaupun sudah beberapa kali aduan.

“Walaupun diperbaiki, keretakan masih berlaku dan pemaju tidak mengambil tindakan selepas itu,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.