This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tiada lagi projek baru
Berita Harian 8/7/2005 Oleh Ahmad Naim Tahir

SEREMBAN: Kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang pembangunan baru dilaksanakan di sekitar pusat bandar Seremban, sebaliknya dialih ke kawasan pinggirnya seperti Senawang, Nilai dan Seremban 2.

Keputusan itu dibuat berikutan kekurangan kawasan untuk tujuan berkenaan selain bagi membantu usaha mengatasi masalah kesesakan yang teruk di pusat bandar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata atas dasar itu, kerajaan negeri menolak permohonan beberapa pihak yang berminat membangunkan bandar ini.

"Bandar Seremban sudah terlalu sesak dan padat," katanya, selepas melancarkan Pusat Pengajian Pembelajaran Sepanjang Hayat Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Rais Zainudin dan Presiden universiti berkenaan, Tan Sri Anuwar Ali.

Mengenai bangunan lama di bandar ini, Menteri Besar berkata, premis terbabit akan dijadikan warisan sejarah melalui usaha pemuliharaan bersama di antara pemilik dan kerajaan negeri.

Katanya, semua bangunan lama itu akan dicat semula dengan kemungkinan kerajaan negeri menanggung sedikit kos bagi tujuan berkenaan selain potongan harga cat.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.