This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Seremban perlu cawangan tribunal pembeli rumah
12/07/2005 Berita Harian

SEREMBAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diminta membuka pejabat cawangan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah di bandar ini untuk kemudahan orang ramai berurusan.

Ketiadaan pejabat cawangan itu di negeri ini menyukarkan ramai pembeli rumah menyelesaikan masalah berkaitan rumah yang dibeli malah setakat ini, Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca) menerima lebih daripada 100 aduan berkaitan rumah yang dibeli.

Presidennya, Khairuddin Yunus berkata antara masalah dikemukakan ialah pemaju tidak menyiapkan projek perumahan dalam tempoh ditetapkan selain kerosakan dan kualiti rumah yang kurang memuaskan.

“Selain itu ada projek perumahan yang terbengkalai bertahun-tahun hingga pembeli terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit manakala pemaju terbabit pula menghilangkan diri.

“Ada pemaju yang memindahkan pejabat operasi ke tempat lain untuk mengelirukan pembeli selepas projek mereka menghadapi masalah,” katanya ketika di temui di sini, kelmarin.

Khairuddin berkata, masalah ini sudah berlarutan sejak sekian lama dan Nesca sukar membantu pembeli terbabit kerana urusan berkaitan tribunal itu hanya dibuat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, setiap masalah yang dikemukakan itu juga sukar dipantau kerana jarak yang jauh antara Seremban dan Kuala Lumpur selain memerlukan kos dan masa yang panjang.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.