This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah baru, masalah lama
09/07/2005 Kosmo

SHAH ALAM - Kegembiraan penduduk memasuki rumah baru di Pangsapuri Rimau Indah, Seksyen 32 di sini bertukar menjadi resah apabila menghadapi pelbagai masalah sejak berpindah enam bulan lalu.

KOSMO! yang meninjau pangsapuri itu mendapati antara masalah yang dihadapi ialah saluran najis dan longkang tersumbat, air bertakung di bawah tangki air sehingga membiakkan nyamuk dan sampah yang tidak dikutip.

Malah mereka juga terpaksa mengepam air secara manual melalui tangki air di bahagian bawah pangsapuri bagi mendapatkan air. Seorang penduduk, Nor Azian Hasin, 27, berkata, dia tidak berpuas hati dengan pihak pemaju yang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun aduan telah dibuat.

Dengan Dada marah, dia berkata, longkang di kawasan itu juga tidak terjaga dan ditumbuhi semak sehingga menyebabkan tersumbat. "Bukan itu saja, air yang bertakung dekat bawah tangki air bawah rumah kami ini telah menyebabkan jentik-jentik membiak dan setiap malam nyamuk pasti banyak," jelasnya.

Azimah Atan, 37, turut merungut dengan keadaan pangsapuri yang tidak diurus dengan baik, antaranya ketiadaan besi penutup longkang, pili bomba tidak sempurna, kebocoran saluran najis, tiada lampu jalan, sampah bertaburan dan lain-lain lagi.

"Masalah ini telah diajukan kepada pihak pemaju dan mereka berjanji mengatasinya dalam tempoh masa tertentu tetapi janji mereka sekadar menyedapkan hati kami saja," ujarnya.

Ahli jawatankuasa persatuan penduduk, Abdul Latif Yusof, 41, mengakui penduduk menghadapi pelbagai masalah sejak menduduki rumah mereka dan pemaju nampaknya tidak mengambil tindakan seperti yang dijanjikan.

"Saya harap sebelum perkara yang tidak diingini berlaku, pihak pemaju atau pihak berkenaan mengambil langkah segera untuk mengatasinya," katanya.

ABDUL LATIF menunjukkan kawasan takungan bersebelahan tangki air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk di Parigsapuri Rimau, Shah Alam baru-baru ini.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.