This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek terbengkalai menjolok mata

06/07/2005 Kosmo

IPOH - Perak tidak menghadapi banyak masalah projek pembangunan kerajaan yang terbengkalai
tetapi beberapa projek swasta yang terbengkalai begitu menjolok mata, kata Menteri Besar, Datuk
Seri Tajol Rosli Ghazali.


Beliau berkata, projek-projek swasta yang terbengkalai terutama di pusat-pusat bandar seperti
lpoh, perlu 'diselamatkan' segera.


"Projek-projek swasta ini begitu menjolok mata dan kerajaan negeri akan meminta bantuan kerajaan persekutuan untuk mengatasi masalah itu," katanya di sini, semalam.


Menteri Besar berkata demikian apabila diminta mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi supaya kerajaan negeri memantau projek-projek kerajaan yang bermasalah bagi memastikan pelaksanaannya dipercepatkan.


Tajol Rosli berkata, setakat ini hanya 22 projek persekutuan dan lima projek kerajaan negeri yang
didapati lewat daripada jadual manakala 68 lagi projek persekutuan tidak dijalankan.


Projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) di Perak membabitkan 947
projek persekutuan dan 495 projek negeri.


Kata beliau, mengikut laporan prestasi, peratusan yang bermasalah itu kecil dan kebanyakannya
membabitkan masalah kontraktor dan urusan pengambilan tanah.


Antara projek yang lewat daripada jadual ialah projek landasan kereta api berkembar antara Rawang dan Ipoh, projek tebatan banjir Sungai Pari, Ipoh dan projek-projek perumahan polis dan beberapa buah balai bomba, katanya.


"Kita sentiasa membuat pemantauan terhadap projek-projek itu dan arahan telah dikeluarkan supaya laporan segera dikemukakan kepada kerajaan persekutuan bagi menangani masalah yang timbul," katanya.


Beliau berkata, kerajaan negeri juga memberi perhatian kepada beberapa projek swasta yang telah
lama terbengkalai seperti sebuah projek hotel di Ipoh dan sebuah projek perumahan di Bandar Seri
Iskandar .


"Kita perlukan bantuan Kerajaan Persekutuan sama ada untuk mengambil alih projek-projek itu atau
merancang projek lain yang sesuai," katanya.- Bernama

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.