This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

PKNS bina 21 banglo di tanah rizab Melayu
Berita Harian 8/7/2005 Oleh Masrina Mohd Yunos

GEMBIRA: Pemilik banglo bergambar bersama Abdul Aziz (tengah) dan Harun (lima dari kanan) selepas majlis penyerahan sijil layak menduduki baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) buat pertama kalinya membina 21 unit banglo di atas tanah rizab Melayu di Taman Seri Mengkuang, Kuala Selangor seiring dengan matlamat untuk meningkatkan status tanah rizab Melayu terutama di kawasan pinggir bandar.

Projek perumahan di kawasan seluas 1.2 hektar itu siap Disember lalu dan majlis penyerahan sijil layak menduduki berlangsung akhir Mei lalu.

Melalui projek itu, pemilik tanah turut mendapat manfaat apabila tanah berkenaan mendapat pulangan sebanyak empat kali ganda dengan nilai tanah melebihi RM600,000 berbanding hanya RM150,000 ketika belum dimajukan.

Hadir sama pada majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh; Pegawai Daerah Kuala Selangor, Zainal Abidin Arshad dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Amin Jaya Mohd Din.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Harun Salim dalam ucapannya, berkata projek perumahan itu siap sepenuhnya pada Disember lalu dan sehingga kini masih tinggal tujuh unit masih belum dijual.

“Kesedaran melihat potensi besar tanah rizab Melayu untuk dibangunkan menyebabkan PKNS sejak 2001 sudah berusaha menaikkan taraf tanah jenis itu,” katanya.

Harun berkata, kerajaan negeri turut memberi beberapa insentif pembangunan seperti caj premium dan caruman parit pada kadar 50 peratus sebagai tanda menghargai sokongan pemilik tanah.

PKNS akan memajukan dua projek iaitu di Pekan Ijok, Kuala Selangor seluas 2.4 hektar akhir tahun ini selepas melihat kejayaan projek perumahan Taman Seri Mengkuang.

“PKNS dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung akan turut membangunkan Kampung Pulau Meranti yang terletak di daerah Sepang,” katanya.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.