This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penghuni Apartmen Melati malang
Harian Metro 16/7/2005

GOMBAK: Nasib kira-kira 700 penghuni Apartmen Melati, di sini umpama 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila berpindah ke kediaman itu kira-kira setahun lalu.

 

Selepas menduduki apartmen itu, penduduk hanya diberikan sijil layak menduduki sementara (TCFO) yang akan tamat September ini.

 

Penduduk mendakwa pemaju belum menyerahkan sijil layak menduduki (CF).


Selain itu, mereka yang membeli apartmen itu keliru apabila nombor unit rumah yang di beli tidak sama dengan perjanjian jualbeli (SNP).


Malah, pemaju turut menjual tempat meletak kereta pada harga RM10,000 kepada penduduk.


Berikutan bantahan penduduk, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Yew Thian Loke berusaha mengadakan perbincangan di antara penduduk dan pemaju, Mega Planner Jaya Sdn Bhd di sini, semalam.


Bagaimanapun, Yew hanya mengadakan perbincangan dengan penduduk berikutan pemaju tidak hadir dalam mesyuarat khas itu.


Seorang penduduk, Shamsul Ariffin Osman, 36, berkata dia sudah berkali-kali menghubungi pemaju tetapi pelbagai alasan diberikan.


"Ini ialah perbincangan kali keempat tetapi saya kecewa kerana pemaju tidak hadir tanpa sebarang alasan diberikan.


"Sebelum ini kami dijanjikan dengan pelbagai janji tetapi semua itu bohong. Mereka sepatutnya menjaga kebajikan penghuni di sini," katanya di sini, semalam.


Penduduk lain, Adenan Kassim, 45, berkata pemaju berjanji akan memberi perhatian serius terhadap masalah penghuni tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan.


"Saya begitu terkilan dengan pemaju dan berharap Yew dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur campur tangan bagi menangani masalah penduduk," katanya.


Sementara itu, Yew berkata, beliau akan menyiasat perkara itu memandangkan pemaju tidak hadir dalam perbincangan itu bagi memberi penjelasan kepada masalah penduduk.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.