This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli pangsapuri Puchong Intan dapat TCF
Harian Metro 4/7/2005

PUCHONG: Selepas tiga tahun menunggu untuk menduduki rumah akhirnya pembeli pangsapuri Puchong Intan boleh tersenyum puas selepas mendapat sijil layak menduduki sementara (TCF), di sini semalam.


Kegagalan pemaju Max Benefit Sdn Bhd mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan dalam perjanjian jual beli menyebabkan pembinaan blok A yang dijangka siap tahun 2002, mengalami kelewatan.


Ahli Parlimen Puchong, Lau Yeng Peng, berkata pihaknya prihatin dengan keadaan pembeli yang menjadi mangsa disebabkan kegagalan pemaju memenuhi beberapa syarat ditetapkan dalam perjanjian jual beli.


"Atas dasar keprihatinan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengeluarkan sijil layak menduduki sementara kepada pembeli walaupun pemaju masih dalam proses mematuhi aspek teknikal luaran yang terdapat di pangsapuri itu.


"Setakat ini, 70 peratus keluarga menduduki pangsapuri itu sejak semalam dan jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa," katanya selepas majlis penyerahan sijil layak menduduki sementara (TCF) kepada pembeli blok A Pangsapuri Puchong Intan, semalam.


Turut hadir Pengarah Jabatan Bangunan MPSJ, Rosli Muhammad Yunus dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Intan Pangsapuri Puchong Intan (PPIAPI), Shaharudin Mat.


Beliau kesal pemaju yang gagal menyiapkan blok B dengan alasan terdapat beberapa masalah tidak dapat dielakkan malah difahamkan pembeli akan menerima semula wang mereka.


Sementara itu, Shaharudin Mohamad, 38, berkata pihaknya berpuas hati dengan tindakan Lau itu.


"Kami masih menunggu bayaran pampasan daripada pemaju berikutan kelewatan pembinaan pangsapuri yang dijadualkan siap 2002," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.