This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju disaran pasang alat pengesan asap
Berita Harian 8/7/2005

KUALA LUMPUR: Pemaju perumahan disaran memasang alat pengesan asap (smoke detector) di setiap rumah bagi menyahut kempen Mencegah Kebakaran Kebangsaan yang dijalankan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak Februari 2002.

Timbalan Menterinya, Datuk Robert Lau Hoi Chow, berkata saranan dibuat selaras dengan permintaan kerajaan supaya kementerian memperhebatkan kempen bagi menyedarkan orang ramai mengenai bahaya kebakaran memandangkan jumlah kematian membabitkan kebakaran kediaman semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Statistik Jabatan Bomba menunjukkan kerugian ditaksirkan bernilai RM584.21 juta manakala taksiran yang dapat diselamatkan ialah RM8.096 bilion.

“Kementerian akan menganjurkan pertandingan bersama media cetak dengan kerjasama Jabatan Bomba, di mana setiap peserta perlu menjawab 10 soalan mengenai tahap kesedaran mengenai kebakaran,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Homedec 05 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), di sini, semalam.

Pameran hiasan dalaman rumah yang dianjurkan untuk kali ke-3 oleh CIS Network Sdn Bhd adalah yang terbesar disertai lebih 150 syarikat tempatan dan luar negara membabitkan lebih 350 gerai pameran.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.