This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pecah amanah: Peguam direman
Utusan.com.my 15/7/2005


PETALING JAYA 15 Julai - Seorang peguam hari ini ditahan reman selama empat hari bagi membantu pihak polis berhubung satu kes pecah amanah melibatkan wang milik pelanggan sebanyak RM213,795.

Peguam yang berumur 54 tahun itu ditahan oleh pihak polis semalam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Subang Jaya dekat sini.

Majistret Wan Maimoonah Aid memerintahkan peguam itu ditahan reman sehingga Isnin ini mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Siasatan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Memetik satu laporan akhbar bertarikh 27 Jun lalu, seorang pekerja syarikat swasta telah membuat laporan polis pada 7 Jun selepas mendapati peguam yang dilantik untuk mengurus pembelian rumahnya tidak menjelaskan pembayaran kepada pemaju perumahan.

Menurut Ismail Mahmud, 43, isterinya yang merupakan seorang kakitangan kerajaan telah memperoleh pinjaman kerajaan dan cek tersebut telah dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

Namun apabila Ismail pergi untuk membayar deposit air dan elektrik, dia diberitahu oleh kakitangan syarikat perumahan itu dia tidak dibenarkan untuk tinggal di rumah dua tingkat yang dibelinya kerana bayaran berjumlah RM213,795 belum dibayar.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.