This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Masalah CF disiasat
Kosmo 30/7/2005

KUALA LUMPUR - Masalah ketiadaan sijillayak menduduki (CF) selama empat tahun bagi penduduk Bandar Seremban Selatan Fasa 3 akan diteliti bagi membolehkan tindakan susulan diambil.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan, Datuk Woo Ah Lek berjanji mencari jalan penyelesaian walaupun pihaknya belum menerima aduan isu berkaitan.


“Saya perlu bincang dengan MPN (Majlis Perbandaran Nilai) dan memastikan apa masalahnya sebelum mengambil apa-apa tindakan," katanya sewaktu dihubungi semalam.


Beliatl berkata demikian sewaktu diminta mengulas masalah penduduk Bandar Seremban Selatan Fasa 3, Sg. Gadut, Seremban yang dalam kebimbahgan sejak mendiaminya lebih empat tahun lalu ekoran ketiadaan CF dan perlindungan insurans.


Berdasarkan perundingan penduduk dan pemaju, Rhombus Sdn. Bhd., mereka dibenarkan menduduki kawasan itu setelah rumah masing-masing siap dibina walaupun tiada CF.


Malah Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) juga telah membekalkan air tanpa menggunakan meter. Sementara itu, Yang Dipertua MPN, Noordin Mohd. Yatib memberitahu KOSMO!,


pihaknya juga sedia menyiasat walaupun tidak menerima aduan. Kata beliau, pihaknya tidak dapat membuat keputusan kerana ia di bawah tanggungjawab Pertubuhan Dana dan Koperasi Tanah Berhad (NLFCSL).

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.