This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kawasan rekreasi diceroboh pemaju
Berita Harian 22/7/2005

KUALA LUMPUR: Penduduk Taman Mastiara masih tidak berpuas hati dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang meluluskan projek pembinaan 48 unit rumah mewah tiga tingkat membabitkan kawasan seluas 2.68 hektar dari keseluruhan 70 hektar tanah Taman Rekreasi Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, dekat sini.

Yang Dipertua Persatuan Penduduk dan Pemilik Taman Mastiara, Nadzry Abd Hamid, berkata mereka tidak dapat menunggu lebih lama lagi mengenai hal ini kerana pemaju sudah bertindak memagari kawasan terbabit daripada diceroboh.

“Proses memagar dilakukan dua minggu lepas selepas berita mengenai hal ini mendapat liputan daripada media.

“Tindakan itu seolah-olah tidak mempedulikan suara hati kami dan mereka seperti mementingkan diri dalam mengaut keuntungan masing-masing,” katanya ketika membawa wartawan melakukan lawatan ke tapak projek perumahan itu, semalam.

Turut hadir dalam lawatan ke tapak projek perumahan ini ialah Timbalan Ketua Pengarah 1, Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Isbah Idrus

Nadzri berkata, pembinaan perumahan itu bukan saja ‘merampas’ keperluan penduduk setempat malah mengabaikan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai Bandar Dalam Taman.

“Kawasan rekreasi ini menjadi tempat beriadah keluarga apatah lagi selepas kerajaan menjadikan hari Sabtu sebagai cuti hujung minggu.

“Malah pengunjungnya terdiri daripada penduduk Petaling Jaya dan Rawang. Jadi jika kawasan ini pun hendak dimajukan projek perumahan, apa yang tinggal untuk penduduk,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.