This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Siap bina dulu baru jual
Kosmo 03/06/2005

KUALA LUMPUR - Berikutan banyak kes rumah terbengkalai, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) mendesak kerajaan mengamalkan segera konsep bina dan jual agar pembeli rumah tidak teraniaya.

Menurut Pengurus Aduan dan Penyiasatan NCCC, Darshan Singh, konsep itu telah lama diamalkan di beberapa negara luar termasuk Jepun demi melindungi hak pembeli.

"Dengan konsep ini, pemaju perlu membina sehingga siap rumah sebelum pembeli membayar pinjaman kepada bank," katanya ketika mengulas masalah yang terpaksa ditanggung oleh 87 pembeli di Taman Senawang Jaya Fasa 1-C, Seremban yang terbengkalai sejak 22 tahun lalu.

la disiarkan KOSMO! pada Rabu lalu. Jelasnya, konsep diamalkan sekarang menyukarkan pembeli jika projek terbengkalai.

"Bila rumah terbengkalai pihak bank tetap meneruskan kutipan pinjaman, jika tidak mereka akan membawa kes ke mahkamah. lni satu masalah serius, kerajaan perlu melihatnya dengan teliti," katanya.

Kata beliau, pihaknya menerima 20 laporan " mengenai projek perumahan terbengkalai dalam tempoh enam bulan sehingga bulan lalu.

"Pengguna harus bijak sebelum membeli dengan menyiasat terlebih dahulu latar belakang pemaju," katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak termakan pujuk dan janji manis pemaju.

Beliau menggesa orang ramai tidak terburu-buru untuk memiliki rumah, tetapi berhati -hati apabila membuat keputusan untuk membeli rumah.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.