This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah ada CF, bekalan air, api tiada
27/06/2005 Harian Metro

SAYA kecewa kerana rumah yang sudah dibeli di Taman Pulai Emas, Bandar Pulai Johor, Johor Bahru sejak awal tahun lalu masih tiada bekalan air dan elektrik. Berikutan itu, saya tidak dapat berpindah ke rumah baru itu.

Walaupun sudah mendapat sijil menduduki (CF) sejak April lalu, rumah saya tidak mempunyai elektrik dan air sedangkan jiran sebelah rumah tidak menghadapi masalah yang sama.

Saya sudah berjumpa dengan pemaju dan kontraktor yang bertanggungjawab namun mereka tidak dapat menyelesaikan masalah saya.

Keadaan ini memberi tekanan kepada saya dan berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah saya dengan kadar segera.


MANGSA KEADAAN,
Taman Tengku Aminah,
Skudai,
Johor

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.