This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah tetap dilelong
26/06/2005 Berita Harian Oleh Zalifah Mohd Yatim

KESAL...penduduk Taman Permata menunjukan surat yang diterima daripada pihak bank.

JOHOR BAHRU: Lebih 90 pemilik kediaman di Taman Permata, di sini umpama jatuh ditimpa tangga apabila rumah yang dibeli sejak tujuh tahun lalu dan sudah dibayar seratus peratus tetapi tetap akan dilelong pada 28 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduknya, Safiatun Jaafar, berkata bayaran sudah dijelaskan kepada pemaju malah kepada bank lengkap dengan resit pembayaran serta surat perjanjian jual beli tetapi ditolak serta tetap akan dilelong berikutan gagal menjelaskan bayaran tambahan 10 peratus.

Katanya, pada mulanya penduduk dimaklumkan bayaran tambahan itu akan digunakan bagi menyediakan kemudahan asas seperti lampu, jalan raya dan longkang.

“Bagaimanapun, hasil perbincangan penduduk berjaya mengumpul wang tunai bernilai RM350,000 bagi menyediakan kemudahan berkenaan.

“Bank tetap mahu kami menjelaskan bayaran tambahan itu dan memaklumkan kenapa menyediakan kemudahan berkenaan tanpa perbincangan dengan pihak mereka.

“Mereka memaklumkan jika tidak mahu menjelaskan bayaran 10 peratus penduduk perlu membayar sejumlah RM104,000 kepada bank.

“Kenapa kami perlu menjelaskan bayaran tambahan dan yang ditetapkan mereka itu, sedangkan kami sudah membuat bayaran tunai tidak pernah membuat perjanjian atau meminjam duit mereka.

“Jika pemaju yang berhutang dengan bank kenapa kami yang mesti membayar bagi pihak pemaju sedangkan bayaran sudah dijelaskan kepada mereka.

“Adalah tidak adil kami yang terpaksa menanggung beban hutang pihak pemaju yang berhutang dengan pihak bank sedangkan kami tidak membuat sebarang pinjaman tetapi membeli rumah yang bernilai RM350,000 secara tunai,” katanya.

Difahamkan majoriti yang tinggal di situ warga negara Singapura dan sudah menjelaskan bayaran tunai 100 peratus, malah ada antara kediaman teres dua tingkat itu dijual lebih RM500,000.

Menurutnya, penduduk juga kecewa dan pelik kerana ada antara bayaran dijelaskan kepada bank tetapi dalam perbincangan pihak berkenaan memaklumkan bayaran itu tidak diambil.

“Undang-undang mana yang dipakai walaupun sebahagian daripada kami rakyat Singapura tetapi perlaksanaan perlulah memberi keuntungan sama rata,” katanya.

Malah katanya, bukan hanya hartanah yang dibeli secara tunai hendak dilelong tetapi peguam yang dilantik enggan mewakili pembeli.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.