This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek Taman Senawang Jaya disambung semula hujung tahun ini
02/06/2005 Kosmo

KUALA LUMPUR - Masalah projek rumah terbengkalai di Taman Senawang Jaya Fasa I-C, Seremban dijangka selesai tidak lama lagi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan, Datuk Woo Ah Lek, pihaknya dalam proses terakhir menunggu kelulusan suntikan modal baru untuk memulakan semula projek tersebut.

"Kita sekarang menunggu kelulusan dokumen-dokumen untuk memulakan projek, dan kita menjangkakan pada penghujung tahun ini projek dapat disambung semula," katanya ketika dihubungi KOSMO! semalam.

Beliau mengulas laporan KOSMO! semalam mengenai rintihan 87 pembeli yang menunggu hampir 22 tahun untuk rumah mereka disiapkan, malangnya sehingga hari ini masih belum menjadi kenyataan.

Semasa membeli rumah di taman itu pada tahun 1983, salah seorang pembeli, Abu Bakar Md. Top, 57, membayangkan akan menduduki rumah teres setingkat itu dalam tempoh 18 bulan.

Bagaimanapun, sehingga hari ini projek perumahan sebanyak 96 unit itu masih terbengkalai.

Sebanyak 87 daripada 96 unit telah dijual ketika dipromosikan oleh pemaju pada tahun 1983. Kebanyakan rumah hanya siap antara 50 ke 60 peratus dan kerja-kerja pembinaannya telah dihentikan sejak akhir tahun 1983.

Ah Lek berkata, pihak kerajaan akan memberi suntikan modal sebanyak RM2.5 juta untuk membolehkan projek itu dibangunkan semula setelah lebih dua dekad terbengkalai.

"Kita sudah lama melihat masalah ini dan tindakan sewajarnya sudahpun diambil bagi menyelesaikan secepat mungkin, kita berharap penduduk bersabar," katanya lagi.

Menurutnya, baki projek akan diambil alih oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan dijangka siap dalam masa lapan hingga 12 bulan selepas projek dimulakan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.