This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek terbengkalai 22 tahun, ada pembeli sudah mati
01/06/2005 Kosmo

SEREMBAN - Semasa membeli rumah di Projek Perumahan Taman Senawang Jaya Fasa 1-C di sini pada tahun 1983, Abu Bakar Md.

Top, 57, membayangkan akan menduduki rumah teres setingkat itu dalam tempoh 18 bulan. Bagaimanapun, sehingga hari ini, selepas 22 tahun, projek perumahan sebanyak 96 unit itu masih terbengkalai.

Sebanyak 87 daripada 96 unit telah dijual ketika dipromosikan oleh pemaju pada tahun 1983. Kebanyakan rumah hanya siap antara 50 ke 60 peratus dan kerja-kerja pembinaannya telah dihentikan sejak akhir tahun 1983.

Abu Bakar, bekas askar berkata, ada antara pembeli rumah yang telah meninggal dunia sebelum sempat menduduki rumah yang dibeli pada harga RM60,000 itu.

Disebabkan tiada tindakan daripada mana-mana pihak kebanyakan pembeli telah berputus asa. Kebanyakan pembeli telah menjelaskan bayaran di antara RM30,000 hingga RM40,000. Kawasan perumahan itu terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Plaza Tol Senawang.

Katanya, sudah berkali-kali pembeli membuat aduan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak 9 Januari 1988 tetapi masih tiada maklum balas positif daripada mereka untuk menyiapkan rumah tersebut.

Aduan turut dibuat kepada pentadbiran negeri berhubung dengan rumah terbengkalai ini, namun masalah itu masih belum dapat diatasi. Menurut Abu Bakar, kesulitan itu mungkin tidak begitu dirasai oleh pembeli yang berpendapatan tinggi tetapi ia amat memeritkan baginya sebagai bekas anggota tentera.

"Bagi pembeli berpendapatan rendah yang sudah menghabiskan simpanan untuk pelaburan rumah ini mereka terpaksa gigit jari dan memendam perasaan sedih sambil menunggu rumah ini disiapkan," katanya lagi.

Tinjauan KOSMO! mendapati kawasan tapak perumahan itu terbiar dengan kiri dan kanannya dipenuhi pokok yang menutup struktur rumah yang separuh siap itu.

Abu Bakar berharap kerajaan pusat dapat campur tangan dalam isu itu kerana hanya rasa tersebut sahaja yang masih terbengkalai. Dia juga khuatir rumah terbengkalai yang terletak berdekatan dengan sekolah dan tadika memberi kesempatan kepada orang tidak bertanggungjawab melakukan sesuatu yang tidak diingini.

"Rumah yang terbengkalai mungkin akan dijadikan sarang penagih-penagih dadah untuk melepaskan gian," jelasnya.

Ditanya sama ada akan terus menunggu projek itu siap, Abu Bakar berkata, dia masih menaruh harapan tinggi yang satu hari nanti akan menduduki rumah tersebut.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.