This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli kesal kerenah pemaju
24/06/2005 BH Oleh KC Chong

PETALING JAYA: Marah, kesal dan kecewa. Itulah perasaan lebih 2,000 pembeli rumah Projek Bandar Alam Perdana berikutan pemaju menangguh struktur pembinaan projek perumahan itu.

Projek perumahan 2,300 unit yang mempunyai rumah pangsa kos rendah, rumah teres dua tingkat, rumah kedai serta banglo itu bermula pada 2000 dan sepatutnya siap pada Jun 2002.

Masalah tercetus apabila pemaju Vega Builders Sdn Bhd, yang menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh, gagal menyiapkan rumah pada tarikh mengikut perjanjian yang ditandatangani dengan pembeli. Vega Builders adalah anak syarikat Prime Utilities Berhad.

Jurutera, Hanawati Majid, 31 yang membeli rumah teres dua tingkat, mendakwa pemaju hanya pandai berjanji sehingga masalah berlanjutan hampir tiga tahun.

Katanya, alasan yang diberi pemaju ialah masalah kekurangan tenaga kerja akibat langkah kerajaan menghantar balik pekerja asing pada 2002, sebaliknya pembeli difahamkan masalah pemaju dengan kontraktor juga punca projek tergendala.

Pada pertengahan 2002 pemaju berjanji rumah siap pada akhir tahun. Kemudian minta tunda awal 2003 dan menjanjikan siap pada 2004. Malangnya hingga hari ini janji tinggal janji dan rumah tetap tidak siap lagi.

Pengerusi Persatuan Pembeli Rumah Alam Perdana, Mohd Jais Abdul Rashid, berkata pihaknya pernah menghantar memorandum kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 16 Februari serta berjumpa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Amiruddin Setro mengenai perkara itu.

Pihaknya meminta kementerian mengadakan sesi dialog bersama pembeli rumah dan pemaju bagi menyelesaikan masalah itu.

Beliau juga berkata pembeli rumah terpaksa menanggung hutang bank yang tinggi selain membayar sewa rumah yang diduduki sekarang.

“Hampir keseluruhan pembeli menandatangani surat perjanjian jual beli pada Jun 2000. Namun masih tertunggu-tunggu pemaju menyiapkan rumah,” katanya.

Hasil perjumpaan kelmarin, Pengerusi Eksekutif Prime Utilities, Datuk Nik Ezar Nik Bolia, berkata pihaknya akan cuba menyiapkan projek itu dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata mesyuarat bersama pembeli rumah dan pemilik tanah akan diadakan dalam masa sebulan.

Katanya, kelewatan projek disebabkan beberapa faktor yang dihadapi syarikat termasuk masalah kewangan.

Pembeli rumah diminta menghubungi Mohd Jais di talian 019-3695725 atau naib pengerusi persatuan, Simon Choy di talian 016-3328869 berhubung butiran penuh mesyuarat.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.