This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Mahkamah Tinggi lanjut masa pembayar ingin cabar cukai taksiran
04/06/2005 Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 3 Jun - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk memberi lanjutan masa kepada pembayar cukai yang mahu mencabar kadar bayaran cukai taksiran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Hakim Besar Malaya, Datuk Siti Norma Yaakob yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan demikian ketika menolak dengan kos rayuan Datuk Bandar Kuala Lumpur terhadap keputusan mahkamah yang memihak kepada Kuala Lumpur Golf & Country Club Berhad (KLGCC).


Hakim Siti Norma bersidang bersama Hakim Besar Sabah & Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Hamid Mohamad.


Dalam penghakiman bertulis yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Azimah Omar hari ini, Hakim Abdul Hamid berkata, penolakan permohonan lanjutan masa akan membawa kepada ketidakadilan kepada pembayar cukai jika mereka tidak melakukan kesilapan.


Pada 31 Disember 1996, KLGCC telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepikan nilai taksiran berjumlah RM5.76 juta yang dikenakan ke atas mereka oleh Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Sebelum itu, KLGCC telah merayu kepada DBKL supaya jumlah itu dikurangkan kepada RMl.3 juta sahaja bagi kadar sewa tahunan sebidang tanah di Kuala Lumpur.


Bagaimanapun, rayuan kelab itu telah ditolak. Berikutan itu, KLGCC memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi pada ketika itu, kelab itu belum menjelaskan taksiran yang
ditetapkan itu. Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan KLGCC.


Hakim Abdul Hamid berkata, hakim Mahkamah Tinggi betul ketika membuat perintah lanjutan masa kepada KLGCC untuk membayar taksiran itu bagi tidak memperkecilkan peluang kelab itu untuk
membuat rayuan.


Katanya, ini kerana, dalam kes itu, KLGCC tidak diberitahu kadar baru taksiran berkenaan ketika mereka memfailkan usul pemula tersebut kerana DBKL belum memutuskan kadar baru bagi tahun itu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.