This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Lebih 60 pemaju sertai pameran hartanah di PWTC
02/06/2005 Harian Metro

Lebih 60 pemaju dengan 100 projek pembangunan bernilai RM800 juta akan mengambil bahagian dalam Pameran Hartanah Mega Malaysia Edisi ke-10 2005 anjuran Exhibition Guide (M) Sdn Bhd bermula 3 hingga 5 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kira-kira 30,000 pengunjung dijanka mengunjungi pameran yang menawarkan 5,000 unitt kediaman berharga antara RM42,000 hingga RM2 juta seunit dengan sokongon pinjaman daripada tujuh bank.

Sempena pameran itu, pelbagai diskaun dan insentif ditawarkan, malah ia turut menyokong Program Malaysia Rumah Kedua-ku (MMSHP) bagi menarik lebih ramai warga asing melabur dalam hartanah bernilai RM150,000 ke atas.

Penganjur dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan memberi direktori MMSHP dalam lima bahasa termasuk bahasa China turu diberikan kepada warga asing khas untuk pameran selama tiga hari itu.

Selain itu, Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) akan mengadakan seminar khas untuk pembeli rumah pertama kali serta khidmat nasihat perundangan bertajuk 'Strata Title Seminar' pada 3 Jun di Bilik Kelantan, PWTC bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang.

Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan menghubungi talian 012-3345 676 atau emel info@hba.org.my.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.