This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kaji semula CCC ganti CF
18/06/2005 Kosmo

KUALA LUMPUR - Harapkan pagar, pagar makan padi. Demikian perumpamaan daripada Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mengenai kewibawaan segelintir arkitek perumahan.

Keadaan ini wujud disebabkan cadangan kerajaan menukarkan Sijil Layak Menduduki (CF) kepada Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dianggap oleh HBA sebagai tidak berwibawa.

Setiausaha Agungnya, Chang Kim Loong berkata, keraguan kepada kewibawaan arkitek berlaku disebabkan kebanyakan statistik aduan permasalahan yang diterima disebabkan sijil pramatang yang dikeluarkan oleh arkitek sering disalahgunakan pemaju.

"Kami ada bukti. Fakta menunjukkan pemaju sanggup mengarahkan arkitek yang dilantiknya untuk mengeluarkan sijil pramatang projek perumahan untuk menuntut bayaran akhir daripada pembeli.

"Bagaimanapun apabila rumah diserahkan kepada pembeli, keadaan rumah yang diterima sangat mengecewakan dengan keadaan struktur belum siap dan tidak lengkap," katanya kepada KOSMO!.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting bahawa CF akan digantikan kepada CCC dengan dikeluarkan oleh arkitek dan jurutera saja, bukan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum ini.

Menurut Kim Loong, HBA setiap tahun menerima ratusan aduan berkaitan sijil pra-matang sama ada ia palsu atau tidak jelas penilaian arkitek yang meluluskannya untuk mengelirukan pembeli.

Sehubungan itu, katanya, HBA mencadangkan kepada kerajaan agar mengkaji semula cadangan mewujudkan CCC.

"Berdasarkan kes terbaru HBA, terdapat enam aduan yang dikemukakan oleh pihak persatuan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke atas sijil pra-matang yang diluluskan oleh arkitek pemaju perumahan.

"Akhirnya enam aduan tersebut disiasat dan diambil tindakan oleh Lembaga Arkitek Malaysia," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.