This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kaedah menyelamat projek rumah terbengkalai
29/06/2005 Utusan Malaysia

DALAM tempoh singkat, sebanyak dua kali Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membangkitkan luahan hatinya yang tidak senang terhadap projek-projek 'sakit' atau terbengkalai.

Pertama, Sabtu lalu pada penyemurnaan majlis penyerahan kunci Projek Perumahan Terbengkalai Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan kedua semasa lawatan sehari beliau di Pahang, kelmarin.

Di Pulau Pinang, Abdullah secara sinikal menyifatkan kebimbangan yang diluahkan beliau 'sebagai berletiaq (berleter) yang mungkin tidak digemari untuk didengar tetapi "apa yang saya letiaq ini adalah ucapan Perdana Menteri yang kamera dan media dok petik dan pancarkan ke seluruh negara".

"Maka dengan itu, kita (pemaju dan kontraktor) kena jagalah pejabat kita dengan baik (elakkan projek terbengkalai)," kata Abdullah dalam nada bersahaja tetapi cpkup difahami maksudnya.

Dan bagi yangmengerti sifat Abdullah, bila beliau sudah mengingatkan suatu perkara lebih sekali dalam tempoh 48 jam, sudah tentu ada 'sesuatu yang tidak kena'. Bagi projek-projek pembiayaan kerajaan yang terbengkalai, beliau secara terang-terangan membidas sikap tidak berlanggung­jawab pemaju yang bukan sahaja menyusahkan rakyat malah kerajaan turut terkena tempiasnya.

"Yang kena marah kerajaan padahal ramai (pemaju) yang buat (salah) adalah pihak swasta dan ini amat memalukan. Malah bukan sahaja itu, kerajaan pula terpaksa keluarkan peruntukan untuk kegunaan pihak bertanggungjawab meneruskan semula projek­projek terbengkalai," kata beliau.

Perdana Menteri menarik perhatian ini kerana kerajaan sendiri terpaksa mengeluarkan sehingga RM3 bilion bagi memulihkan projek-projek terbengkalai terutama projek perumahan di seluruh negara, melibatkan 172 projek meliputi 32,000 buah rumah. Danpada jumlah itu, 12,000 buah rumah telah disiapkan manakala 20,000 unit lagi masih dalam pembinaan. Pada masa sama, kerajaan juga sedang menumpukan usaha memprojek perumahan dan pejabat untuk polis yang menelan peruntukan RM2.4 bilion.

Sikap

Realitinya Abdullah amat memandang serius projek-projek kerajaan yang terbengkalai yang kini, dianggarkan berjumlah 80,projek bernilai RM8 bilion dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8). Semua projek tersebut hanya siap antara 50 hingga 60 peratus yang puncanya menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy Vellu ada kaitan dengan kenaikan harga bahan binaan, beberapakali ganda sehingga merijejaskan kewangan kontraktor terbabit.

Namun, punca projek terbengkalai sebenar yang dibangkitkan Perdana Menteri di Pulau Pinang tempoh hari lebih berkaitan goal sikap pemaju dan kontraktor projek.

"Mereka diamanahkan untuk melaksanakan projek, oleh itu menjadi kewajipan (mereka) untuk menyelesaikannya. Soal rugi itu kesusahan atau risiko orang berniaga. Kita sebagai kontraktor sama dengan peniaga ikan dan penoreh getah, ada masa ikan ada dan ada masanya harga naik," kata Abdullah lagi.

Atas sebab itulah, Abdullah tanpa berselindung memberi amaran keras, kerajaan tidak teragak-syarikat terbabit. Penyenaraian hitam ini jelas terkandung dalam tindakan proaktif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan khusus dalam mengatasi masalah projek perumahan terbengkalai, iaitu turut berkuasa mendakwa di mahkamah ke atas pemaju tidak bertanggungjawab, menahan permit iklan, jualan serta membekukan pengeluaran Akaun Pemaju Perumahan (HDA).

Ironinya, banyak masalah yang timbul akibat projek terbengkalai dari aspek imej kerajaan terjejas peniaga gulung tikar (pemaju) sehinggalah kepada faktor kemanusiaan yang terpaksa ditanggung pembeli.

Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, projek perumahan terbengkalai mengakibatkan keluarga terpaksa menghadapi masalah membayar ansuran bulanan di dalam proses menunggu 'masuk rumah' yang entah bila masanya, pembeli terpaksa menyewa rumah termasuk ada menjadi setinggan.

"Ia mencetuskan masalah psikologi yang tidak ada hadnya sehinggakan ada kes pasangan suami isteri bergaduh dan bercerai kerana masalah perumahan ini dan banyak lagi cerita yang kami wakil rakyat sentiasa menghadapinya," kata beliau kepada Utusan Malaysia.

Dalam kes keperitan pembeli, projek perumahan terbengkalai Taman Sri Bayu barangkali boleh
menjadi contoh yang ideal. Projekterbabit memakan masa 10 tahun untuk dipulihkan sejak terbengkalai pada 1995.

Kerja membaik pulih unit-unit terbengkalai projekTaman Sri Bayu yang menelan kos lebih RM6.6 juta akhirnya berhasil apabila Sijil Layak Menduduki (CFO) dikeluarkan pada 1 April 2005.

Luahan Abdullah tempoh hari tidak sukar untuk dimengerti dan dihayati oleh pihak berkenaan. Ibarat 'siapa makan cili,dia terasa pedasnya', begitulah seriusnya Perdana Menteri dalam menangani masalah projek terbengkalai.

Atas sebab ini jugalah Perdana Menteri pada 20 Jun lalu. mengumumkan persetujuan kerajaan untuk melaksanakan beberapa projek secara bayaran tertangguh. Projek-projek itu dipilih berdasarkan viabilitinya setelah diteliti dan dihalusi secara analisis faedah koso Kaedah tersebut, kata Abdullah, bertujuan memastikan projek-projek berkenaan tidak membebankan kewangan kerajaan apabila dilaksana kelak.

Dengan kewujudan lebih 60,000 kontraktor di seluruh negara, ketegasan kerajaan untuk membatalkan secara automatik mana-mana syarikat yang tidak aktif tetapi sebaliknya memberi peluang kepada yang benar-benar aktif sekali gus menjadi 'ubat mujarab'melenyapkan projek-projek terbengkalai pada masa akan datang.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.