This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Flet kosong biak nyamuk
08/06/2005 Harian Metro Oleh Abdullah Wahab

KUALA LUMPUR: Perumahan rumah pangsa kos rendah Sri Meranti di Bandar Sri Damansara, dekat sini yang tidak berpenghuni dikenal pasti antara punca utama pembiakan nyamuk aedes.

Sejak dibuka, hanya 70 peratus daripada rumah pangsa berkenaan diduduki manakala 590 unit terbiar kosong sehingga menyumbang kepada tempat pembiakan nyamuk.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Datuk Dr Lim Thuang Seng, berkata kes deman denggi yang dilaporkan di Selangor bagi tempoh lima bulan sehingga akhir Mei ialah 5,000 berbanding tahun lalu 10,000 kes dilaporkan.

Manakala di kawasan perumahan itu, 30 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama.

Menurutnya, punca penularan wabak itu disebabkan bahagian penutup tangki air di setiap unit kosong tidak ditutup dengan sempurna menyebabkan aedes mudah memasuki kawasan berkenaan dan mudah membiak.

“Selain itu, air mudah bertakung apabila hujan kerana tingkap rumah bocor serta tidak diselenggara dengan baik sehingga aedes membiak dengan cepat.

“Pihak berkuasa tempatan juga sukar memasuki kediaman yang kosong kerana kunci sudah diberi kepada pemilik.

“Apa yang boleh dilakukan ialah menyembur asap di sekeliling kawasan walaupun tindakan itu kurang berkesan,” katanya selepas melawat kawasan kediaman itu, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr K T Ang dan Ketua Unit Kawalan Vektor Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Shahruddin Hashim.

Menurut Dr Lim, keseluruhan unit rumah kos rendah itu 1,964 dan penyerahan kunci terakhir dibuat pada Julai tahun lalu.

“Sehingga kini hanya 1,374 unit diduduki dan bakinya masih kosong walaupun pemilik sudah mengambil kunci masing-masing.

“Ini antara faktor kegagalan untuk mengawal wabak denggi,” katanya.

Katanya, penduduk dinasihatkan meletak ubat pembunuh jentik- jentik (Abate) ke tangki air dan boleh didapati secara percuma di MPPJ,” katanya.

Seorang penduduk, Jusoh Mamat, 50, berkata masalah pembiakan aedes bukan sahaja berpunca daripada unit perumahan yang kosong tetapi juga sikap tidak bertanggungjawab penduduk membuang sampah sesuka hati.

“Penduduk harus peka terhadap masalah ini dan diharap lebih bertanggungjawab serta mengambil inisiatif membersihkan kawasan kediaman,” katanya.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.