This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Bukan semua projek rumah polis terbengkalai bawah JKR
09/06/2005 Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 8 Jun - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Velu menjelaskan Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak bertanggungjawab terhadap semua projek perumahan polis yang terbengkalai - termasuk di Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang.


Beliau menegaskan, tidak semua projek perumahan polis terbengkalai pada tahap akhir iaitu kira-kira 90 peratus berada di bawah kendalian jabatan itu.


"Saya tidak tahu di bawah siapa projek­projek berkenaan, yang pasti ia bukan di bawah kementerian saya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Kementeri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar semalam mendedahkan kebanyakan projek perumahan polis terbengkalai pada tahap akhir iaitu kira-kira 90 peratus untuk disiapkan.


Utusan Malaysia turut menyiarkan gambar muka satu projek perumahan polis di Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang yang terbengkalai walaupun sudah 98 peratus siap menyebabkan ia tidak dapat digunakan sehingga kini.


Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan kontraktor projek pembinaan perumahan polis di seluruh negara supaya menyiapkannya mengikut jadual.


Perdana Menteri menganggap semua projek yang ada hubung kait dengan kebajikan polis, terutama perumahan sebagai satu perkara serius dan perlu diberi keutamaan.


Sementara itu, Ketua Pengarah JKR, Tan Sri Zaini Omar pula berkata, kemungkinan kontraktor yang bertanggungjawab terhadap projek tersebut menghadapi masalah kewangan.


"Oleh kerana berdepan dengan masalah kewangan, segelintir projek yang hampir siap tidak dapat diteruskan sehingga peringkat akhir.


"Kemungkinan juga sistem pengurusan segelintir kontraktor tidak betul dan menghadapi pelbagai masalah untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan," katanya.


Kata Zaini, bukan semua kontraktor yang terlibat berbuat demikian kemungkinan hanya terdapat segelintir sahaja.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.