This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

6,941 premis di MPPD akan disita
30/06/2005 Berita Harian

PORT DICKSON: Sebanyak 6,941 pegangan, terutama kediaman dan premis perniagaan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) disenaraikan untuk tindakan sita.


Daripada jumlah itu, 1,036 pegangan terdiri daripada bangunan yang sudah roboh, tanah kosong atau projek terbengkalai.


Setiausaha MPPD, Zaidi Johari, berkata 50 peratus pemilik premis terbabit yang ingkar membayar cukai harta adalah pemilik kondominium dan apartment di bandar peranginan ini.


"Hampir 50 peratus pemilik pegangan yang disenaraikan itu adalah warga Singapura yang keseluruhannya mempunyai tunggakan hampir RM10 juta," katanya padang sidang akhbar di sini kelmarin.


Katanya, sesetengah pemilik pegangan tidak mengambil kunci kediaman yang dibeli daripada pemaju, manakala ada bangunan rosak serta projek terbengkalai.


Beliau berkata, notis amaran kepada pemilik sudah dikeluarkan sejak April lalu, tetapi ramai enggan melunaskan cukai sehingga ada yang mempunyai tunggakan lebih RM1.5 juta.


Zaidi berkata, operasi kelmarin berjaya mengutip cukai harta bernilai hampir RM5,000, selain menyita lima kediaman serta satu premis perniagaan di Lukut.


"Dalam gerakan Ops Sita ini, MPPD berusaha sebaik mungkin memungut cukai harta daripada pemilik yang mempunyai tunggakan," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.