This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Selamatkah rumah anda?
Pemaju cincai bina rumah, hanya pentingkan untung

KOSMO 01/05/2005 Oleh Basir Abu Bakar

KUALA LUMPUR - Pelindung maut! Sedar atau tidak, kebanyakan rumah kediaman yang dibina di negera ini masih tidak menepati standard kualiti yang sepatutnya.

Kenapa perkara ini berlaku? Adakah kerana permaju hanya ingin mendapatkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira keselesaan pembeli atau wujud penyeleweng dalam kelulusan projek?

Hasil kajian Pusat Kajian Perumahan, Universiti putra Malaysia mendapati pemaju cuba 'lepas tangan' dalam menyediakan rumah mengikut standard.

Pengarahnya Prof. Abang Abdullah Abang Ali berkata, kebanyakan rumah yang dibina di Malaysia tidak mempunyai strukur pengudaraan yang baik, memerangkap panas, tiada kemudahan awam lengkap dan bentuk rumah yang tidak menekankan aspek keselamatan.

"Disebabkan keadaan tersebut kebanyakan rumah yang dibina hari ini cenderung menjadi panas sepanjang masa dan susah mendapat kelulusan sijil layak menduduki (CF) kerana tidak mengrikuti piawaian pembinaan ditetapkan.

"Selain itu, bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan juga digunakan untuk pembinaan juga menggunakan bahan yang kurang berkualiti dan tersasar dari piawaian kejuruteraan pembinaan sehingga menyebabkan struktur binaan tidak kukuh atau mudah berlaku keretakan", katanya kepada KOSMO! Ahad.

Bagaimanapun dengan cadangan memperkenalkan sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) menggantikan CF, beliau percaya masalah penyelewengan pengeluaran sijil tersebut dapat diatasi.

"Jika seblum ini wujudnya penyelewengan pengeluaran CF diperingkat pihak berkuasa tempatan dengan amalan rasuah, maka dengan cadangan CCC tersebut, saya percaya ia dapat diatasi kerana setiap kseilapan yang dila kukan oleh arkitek dan jurutera akan dipantau oleh lembaga yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing", katanya.

Tambah beliau, kerja-kerja yang dilakukan jurutera sememangnya diawasi oleh
etika kerjanya, undang-undang dan Lembaga Jurutera Malaysia bagi memastikan setiap tugas dilakukan dengan cermat dan jujur.

"Sebarang kesilapan dan penyelewengan yang berlaku adalah tanggungjawab merek.Maka,jurutera terbabit akan dipertang gungjawabkan sepenuhnya.

"Kemungkinan lesen jurutera mereka disenari hitam dan ditarik balik jika ahli mesyuarat lembaga mendapati berlakunya pelanggaran undang-undang oleh jurutera terbabit semasa menjalan kan tugas masing-masing", ujarnya.

Beliau turut menasihatkan agar pengguna mendapat kan khidmat nasihat daripada pakar sebelum membuat sebarang pembelian rumah.

"Dengan nasihat yang diterima, saya percaya pengguna atau pembeli rumah akan lebih peka dan teliti dalam membuat pilihan.

"Pada masa yang sama, mereka tidak akan mudah ditipu dan tertipu oleh iklan dan janji-janji manis pemaju yang suka mengambil kesempatan atas kelalaian pembeli rumah", tambahnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.