This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah tidak terjual RM1.82 billion
Kosmo 13/5/2005

PUTRAJAYA - Jumlah hartanah kediaman yang tidak terjual sehingga 31 Disember lalu, meningkat kira-kira 67.3 peratus kepada 15.558 buah bernilai RM1.82 bilion.

Menurt Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Ng Yen Yen, ia mewakili peningkatan sebanyak 6,258 buah berbanding 9,300 buah yang tidak terjual dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Katanya, sejumlah 15,410 buah rumah kediaman telah pun berada di pasaran untuk tempoh 24 bulan dengan kebanyakannya terdiri daripada teres dan kondominium.

"Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah mencatat peningkatan dalam jumlah kediaman siap dibina yang tidak terjual dengan masing-masing mencatat 4,850, 3,785, 1,431 dan 1,367 buah," katanya.

Yen Yen menggesa pemaju hartanah supaya mengutamakan keperluan pembeli dalam membangunkan projek mereka bagi memastikan jumlah harta kediaman tidak terjual berkurangan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Laporan Pasaran Harta 2004 terbitan Jabatan Penilian dan Perkhidmatan Harta di sini semalam.

Katanya, walaupun permintaan terhadap harta kediaman banyak bergantung kepada lokasi namun gaya hidup masyarakat Malaysia yang semakin berubah juga mempengaruhi faktor tersebut.

"Ramai di kalangan masyarakat di negara ini kini memilih kediaman yang mempunyai reka bentuk berinovatif serta mempunyai ciri-ciri seperti landskap dan kualiti," katanya.

Mengenai aktiviti pasaran hartanah negara keseluruhannya, Yen Yen berkata, Malaysia terus terus mencatat prestasi yang baik sejajar dengan ekonomi yang kukuh dan polisi kewangan yang sesuai.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.