This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek terbengkalai: Perak tawar rumah baru
25/05/2005 Kosmo

IPOH - Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan rumah dekat Proton City di Tanjong Malim untuk lebih 150 pembeli yang kini terumbang-ambing selepas membayar RM2 juta untuk skim perumahan kos rendah di Slim River 18 tahun.

Anggota Exco Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MIC Perak, Datuk G.Rajoo berkata, pembeli rumah terbabit ditawarkan 10 peratus diskaun untuk membeli rumah yang setiap seunit berharga RM35,000 itu.

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali pada tahun 2001 berjanji bahawa kerajaan negeri akan memberi diskaun atas rasa perikemanusiaan memandangkan projek terbengkalai itu dimajukan oleh pemaju swasta.

"Rumah terbabit kini sudah 40 peratus siap dan kita akan menghubungi mereka untuk proses selanjutnya. Mereka tidak perlu membuat bayaran awal tetapi perlu membuat bayaran awal tetapi perlu mengatur sendiri pinjaman bank," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Rajoo berkata, pembeli boleh menghubungi kerajaan negeri atau Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Datuk K.R. Naidu untuk maklumat lanjut.

Kelmarin, jurucakap pembeli, B. Subramaniam merayu kerajaan negeri memberikan mereka tanah alternatif atau rumah baru kerana mereka sudah menunggu selama 18 tahun.

Pembeli terbabit membayar sejumlah RM2 juta pada RM25,000 dan RM31,000 seunit, terbengkalai setahun kemudian.

Projek itu dilelong pada 1993 tanpa pengetahuan pembeli dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang kemudiannya berusaha menghidupkan semula projek itu menggunakan Tabung Khas Bank Negara.

Bagaimanapun hanya 133 lot rumah dilelong dan 23 lagi pembeli yang mendapat pinjaman perumahan kerajaan, tidak terbabit.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.