This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk mahu masalah diatasi segera
Utusan Malaysia 17/5/2005

KUALA SELANGOR 16 Mei - Penduduk di Fasa 2 Bandar Puncak Alam, di sini mahu pertemuan segera diadakan bersama Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan pemaju bagi mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi sekarang.

Presiden Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2, Ahmad Zawawi Ismail, 56, berkata, pelbagai masalah ketika ini menyebabkan suasana persekitaran yang wujud tidak seperti yang dijanjikan pemaju.

Beliau berkata, pihaknya pernah berjumpa dengan pemaju dan MDKS bagi memaklumkan mengenai masalah yang dihadapi, tetapi menemui jalan buntu.

"Sekiranya kami pergi ke MDKS, mereka akan katakan taman perumahan itu belum diserahkan oleh pemaju lagi dan sebaliknya apabila berjumpa pemaju.

"Jadi, ke mana kami mahu mengadu? Akibatnya penduduk yang merana kerana masalah di antara kedua-dua pihak itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, masalah paling utama ialah keadaan taman yang mempunyai semak yang tinggi. Katanya, keadaan itu menyebabkan longkang tersumbat sekali gus mengundang kepada pembiakan nyamuk aedes.

Seorang la~penduduk, Masaluddin Ismail, 53, pula berkata, ketiadaan surau memberi masalah kepada penduduk.

Pemaju katanya, sebelum ini pemah menjanjikan untuk membina surau di fasa berkenaan tetapi sehingga kini masih belum didirikan walaupun sudah dua tahun mendiami rumah di situ.

"Surau yang ada sekarang hanyalah sementara sahaja kerana ia merupakan rumah teres yang diwakafkan oleh seorang penduduk," katanya.

Ahli Jawatankuasa penduduk, Othman Hassan, 50, berkata, kemudahan asas seperti talian telefon, tempat menunggu bas dan jalan utama di kawasan ini masih tidak lengkap sepenuhnya.

Katanya, hanya terdapat sebuah sahaja pondok polis di taman perumahan Bandar Puncak Alam ini yang mempunyai kira-kira 17,000 penduduk sejak dibuka pada tahun 2000.

"Kami banyak melakukan rondaan sendiri di kaIangan Rukun Tetangga memandangkan kekurangan polis di pondok itu.

"Malah, sejak dibuka sehingga kini, banyak bedaku kes kecurian pada waktu siapg," ujarya. Pengawal keselamatan Sekolah Puncak Alam Fasa 2, Abd. Hamid Sahart berkata, kerjasama semua pihak perlu dijalinkan segera bagi kebaikan penduduk di situ.

"Dengan adanya kerjasama, penduduk mungkin mendapat penjelasan sewajarya mengenai peranan yang harus dimainkan oleh mereka," katanya.
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.