This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Panik dengar jeritan
(Mangsa gagal buka pintu terlalu takut api)
Harian Metro 17/5/2005

KEPONG: Seorang warga tua yang panik selepas terdengar jeritan kebakaran dari luar kediamannya gagal membuka kunci pintu rumah walaupun memiliki anak kunci dalam kejadian di Apartmen Sinar Magna, di sini, petang semalam.

Mangsa, N Letchumy, 72, berkata ketika kejadian dia menonton televisyen dan panik apabila terdengar jeritan meminta penghuni apartmen itu keluar kerana berlaku kebakaran.

"Saya kemudian menjenguk keluar dan nampak kepulan asap dari bumbung tingkat atas rumah saya lalu berusaha membuka pintu yang dikunci.

"Bagaimanapun, kerana terlalu takut saya gagal membukanya lalu berlari ke tingkap dan menjerit meminta tolong," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, ketika kejadian pintu rumahnya dikunci kerana kedua-dua anak dan menantunya keluar bekerja. Ketika kejadian, dia berseorangan di rumah berkenaan.

Menurutnya, selepas beberapa minit mencuba dia berjaya membuka kunci pintu rumahnya dan berlari keluar menyelamatkan diri dengan menuruni tangga tingkat lapan ke tingkat bawah dibantu seorang pengawal keselamatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Wilayah Persekutuan, Md Ali Ismail, berkata bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.46 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Menurutnya, tiga jentera masing-masing satu dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Hang Tuah dan Sentul bersama 15 anggota termasuk dua pegawai terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu.

"Bomba mengambil masa kira-kira satu jam memadamkan kebakaran di tingkat sembilan apartmen itu. "Siasatan awal mendapati dua unit rumah musnah manakala sebuah lagi mengalami kerosakan kecil," katanya di tempat kejadian.

"Bomba masih menyiasat punca kejadian itu dan jumlah kerugian belum dapat ditafsirkan lagi," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.