This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Masalah penduduk Kampung Chim Lee selesai
Kosmo 16/5/2005

KUALA LUMPUR - Isu yang tidak memuaskan hati 321 penduduk Kampung Chim Lee, Kepong yang terpaksa membayar bil elektrik Projek Perumahan Rakyat (PPR) selesai apabila mereka dimaklumkan bayaran sebanyak RM40 seorang itu perlu dijelaskan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebelum ini, penduduk bingung kerana tidak tahu di mana bayaran itu patut dijelaskan sama ada kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau DBKL.

Keputusan itu dicapai hasil pertemuan tiga penjuru antara DBKL,TNB dan wakil penduduk yang turut disaksikan Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw.

Seng Giaw berkata, isu itu berpunca daripada maslah komunikasi apabila penduduk kampung tidak dapat maklumat yang tepat hasil keputusan mesyuarat sebelum ini.

"Ini menyebabkan mereka dibebani kos sampingan kerana terpaksa berulang alik ke DBKL dan TNB tetapi masalah tersebut tidak juga selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat tiga penjuru di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) di sini kelmarin.

Pada 6 Mei lalu, KOSMO! menyiarkan rintihan 321 penduduk setinggan Kampung Chim Lee yang diarah berpindahke rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Bandar Baru Selayang, tidak berpuas hati kerana terpaksa membayar tunggakan bayaran elektrik di rumah yang mereka belum duduki.

Masalah timbul apabila DBKL telah menandatangani perjanjian dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di mana setiap unit bekalan elektrik di rumah PPR itu dikenakan bayaran minimum sebanyak RM2.50 sebulan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.