This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kontraktor baiki rumah retak akibat cerucuk
Harian Metro 17/05/2005

MERUJUK kepada artikel Rumah Retak Ancam Penghuni yang disiarkan pada 12 Mei 2005, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin membuat beberapa penjelasan bagi maklumat dan kemudahan orang ramai.

Siasatan DBKL mendapati 34 rumah di Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar retak teruk disebabkan Projek Tebatan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS).

Projek itu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah banjir di Kuala Lumpur, kini sudah 22 peratus disiapkan dan dijangkakan siap pada 2006.

Ia meliputi kerja pembesaran kolam takungan Batu, pembesaran lencongan Sungai Gombak sepanjang 3.4 kilometer dan pembinaan lencongan Sungai Keroh sepanjang 2.2 kilometer.

Rumah yang dilaporkan retak berpunca daripada kerja cerucuk (contiguous bored pile) berhampiran dengan kerja pembesaran lencongan Sungai Gombak daripada 9 meter (m) kepada 26 m lebar. Berikutan dengan itu, rumah penduduk terbabit sedang diperbaiki kontraktor berkenaan.

Bagaimanapun, proses membaik pulih itu akan berterusan sehingga kerja menanam cerucuk siap dalam tempoh lapan bulan lagi.

Orang awam yang menghadapi sebarang masalah berhubung Projek Tebatan Banjir ini dinasihatkan merujuk terus kepada Jabatan Pengairan dan Saliran dan Tetuan Peremba Construction untuk tindakan segera.

HANIM HASHIM,
Pegawai Perhubungan Awam, DBKL

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.