This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Keputusan TTPR sering dipermain
KOSMO 1/5/2005

KUALA LUMPUR - Sesuatu yang mengejut apabila banyak kes yang dibawa ke banyak kes yang dibawa ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) melibatkan pemaju perumahan terkenal!

Malah lebih menyedihkan, kes-kes berkenaan termasuk kes kualiti rumah tidak menepati standard yang ditetapkan, tidak memilik sijil layak menduduki (CF), hal milik strata, penyelewengan, tidak menepati janji tawaran dan sebagainya sering membabitkan syarikat pemaju terkenal.

Menurut Pengerusi TTPR, Kamardin Hashim, kes-kes yang melibatkan syarikat pemaju perumahan terkemuka sejak kebelakangan ini semakin meningkat dan serius sehingga ia menimbulkan kerisauan di kalangan pembeli.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan statistik yang melibatkan syarikat pemaju terkenal itu sambil memberitahu, kes-kes itu bukan sahaja menjadi kemarahan pembeli, malah membebankan TTPR.

"Segaka nasakag yang diwujudkan oleh pemaju menjadikan TTPR sebagai sasaran pembeli rumah semasa membuat segala aduan dan tuntutan," katanya kepada KOSMO! Ahad

Tribunal tersebut merupakan saluran alternatif bagi pembeli rumah. Ia turut mengalami masalah kerana sebanyak 20 peratus keputusan pembayaran pampasan kepada pembeli diingkari oleh pemaju.Keadaan itu menunjuk-kan pemaju seolah-olah mem-permainkan hak pembeli rumah dan undang-undang.

"Permaju begitu berani memainkan peradan mereka dalam arena perumahan dengan melakukan penipuan. "Antara penipuan dikesan ialah penipuan cap kelulusan pembinaan rumah daripada pihak berkuasa tempatan, penipuan dokumen dari tujuh agensi kerajaan dalam meluluskan pembinaan rumah, penipuan surat serahan milik kosong dan penggunaan bahan mentah yang tidak berkualiti," katanya
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.