This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

DBKL diarah pantau bangunan tinggi
Berita Harian 19/5/2005

PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertingkatkan ciri keselamatan pada bangunan tinggi bagi mengelak kemalangan seperti terjatuh bangunan.

Menterinya, Tan Sri Mohd Isa Samad, berkata aspek keselamatan di bangunan berkenaan perlu dinilai dari semasa ke semasa terutama jika berlaku kemalangan di premis itu.

“Flet lama juga mempunyai ciri keselamatan tetapi jika ada kes tertentu seperti budak terjatuh, DBKL kena tengok balik... mungkin flet itu ada masalah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas tahap keselamatan di flet di bawah bidang kuasa DBKL berikutan beberapa kes kanak-kanak terjatuh bangunan.

Isa berkata, walaupun tidak banyak kes kanak-kanak terjatuh bangunan, DBKL mengambil serius kejadian itu.

Ketika ini, katanya, DBKL juga sentiasa membuat pemantauan di flet untuk memastikan tiada objek tertentu seperti bangku, meja dan pasu diletak di tepi tembok di tingkat atas bangunan berkenaan.

“Ini untuk mengelak kanak-kanak daripada memanjat objek itu yang boleh menyebabkan terjatuh,” katanya sambil meminta ibu bapa dan penghuni flet bekerjasama mengurangkan risiko di bangunan berkenaan.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.