This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

"Tolonglah bantu kami"
(Seribu satu macam masalah di Apartment Pearl Court,Balakong)
 05/04/2005 Kosmo

KUALA LUMPUR - Ibarat iklan Astro, macam-macam ada. Begitulah yang berlaku di Apartmen Pearl Court, Balakong dekat sini.


Penduduk mengadu bahawa mereka berhadapan dengan pelbagai masalah, baik kes jenayah seperti pecah rumah, ancaman anjing liar, lembu-lembu berkeliaran, nyarnuk dan masalah air.


Demikian keluhan Pengerusi persatuan penduduknya, Rosli Zakaria ketika ditemui kelmarin.


Katanya, apa yang menjadi tanda tanya ialah masalah tarif air bagi penduduk di situ kerana mereka sekarang dikenakan tarif sama dengan tarif kondominium.


"Apa yang menghairankan kami kenapa sekarang penduduk di sini dikenakan caj sama dengan caj kondominium sedangkan kami hanya duduk di apartmen.


"Kami sekarang dikenakan RM1.20 satu meter padu tetapi dahulu kami dikenakan 70 sen dan pihak pengurusan mengenakan tambahan lima sen," katanya.


Berikutan itu, penduduk tidak puas hati kerana mereka telah membayar caj penyelenggaraan RM55 sebulan.


"Kami cukup hairan kenapa jadi begini... kami bukannya orang kaya untuk disamakan taraf dengan kondominium.


"Kemudahan yang ada di sini hanyalah sekadar taraf apartmen, pengawal keselamatan pun tidak ada," jelasnya.


Menurut Rosli, kejadian pecah rumah siang hari dan kecurian juga kerap berlaku.


"Bulan lepas sahaja kami ada 10 kes pecah rumah dan kecurian. Malah pernah lima kes kecurian berlaku dalam satu hari.


"Penduduk sekarang sudah takut untuk duduk di sini. Ramai yang sudah pindah," jelasnya.Rosli berkata, sekarang hanya terdapat kira-kira 260 keluarga sahaja yang masih tinggal di situ berbanding 360 keluarga sebelum ini.


"Setelah empat tahun duduk di sini kami menghadapi terlalu banyak masalah, bila diajukan kepada pihak pengurusan, mereka hanya mengambil sikap sambil lewa sahaja.


"Pihak pengurusan masih gagal menyediakan kemudahan seperti yang dijanjikan kepada kami," tegasnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.