Rumah retak: Sebut harga baiki 
      saliran hampir siap 
       
      Kosmo 29/4/2005 
       
      KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah rnenjalankan proses 
      penyediaan sebut har-ga untuk kerja-kerja rnenaiktaraf sis-tem saliran di 
      Taman Bukit Mewah.
      Jurucakap MPKj berkata, sebut harga itu bagi membina 
      semula sistem saliran baru bagi rnenampung jumlah kadar air di kawasan 
      taman berkenaan.  
      "Kami hampir siap rnenyediakan sebut harga dan berharap 
      dapat memulakan projek menaik taraf sistem saliran secepat mungkin," 
      katanya ketika dihubungi KOSMO! semalam.  
      Beliau mengulas laporan KOSMO! pada 14 Mac lalu mengenai 
      kisah 24 keluarga dari Taman Bukit Mewah rasa satu yang terpaksa hidup 
      dalam ketakutan kerana rumah mereka mula retak pada 1999 berpunca 
      da-ripada pergerakan air bawah tanah.  
      Difahamkan, kejadian itu ada kaitan dengan kewujudan 
      aDak sungai di tapak pembinaan projek sebelum ia dibina kira-kira 16 tahun 
      lalu.  
      Dalam pada itu, pemaju perumahan terlibat, Cekap 
      Corporation berkata, kerja-kerja membaiki kerosa-kan itu kini bukan lagi 
      di bawah tanggungjawab mereka.  
      Jurucakapnya berkata, ini kerana keretakan rumah itu 
      berlaku selepas 10 tahun taman itu siap.  
      "Tempoh itu melebihi daripada tempoh jaminan yang 
      diberikan oleh pihak syarikat, 
      oleh itu ia bukan di bawah tanggungjawab kami," jelas beliau.  
      Sementara itu, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, 
      Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan memanggil pihak pemaju dan juga MPKj 
      bagi menyelesaikan isu rumah Taman Bukit Mewah dalam masa terdekat ini.  
      "Sebelum ini, saya meminta Cekap Corporation membaiki 
      rumah retak itu sebagai satu daripada tanggungjawab sosial kerana mereka 
      adalah pemaju kawasan itu.  
      "Tetapi sekarang, saya terpaksa memanggil mereka semula 
      agar masalah itu dapat diselesaikan secara aman dan penduduk mendapat 
      faedahnya," katanya.  |