Bangunan terbengkalai cacatkan 
      keindahan Klang 
       
      Berita Harian 28/4/2005 
       
      KLANG: Deretan bangunan tinggi yang indah dan penuh warna-warni dengan 
      reka bentuk unik serta dihiasi rimbunan pohon hijau, acap kali menggamit 
      mata memandang.Lebih-lebih lagi, deretan bangunan 
      itu terletak di kawasan bandar atau tepi jalan raya yang menjadi laluan 
      utama kenderaan untuk keluar masuk Bandar Diraja Klang. 
      Namun, keasyikan mata pasti terencat seketika apabila 
      terpandang sebuah bangunan hodoh yang terbengkalai entah berapa tahun 
      lamanya, berdekatan deretan bangunan indah. 
      Bagi mereka yang setiap hari menyusuri lebuh raya Kuala 
      Lumpur-Klang, itulah pemandangan yang ditatap; sebuah kondominium 
      terbengkalai `tersergam' di tengah-tengah deretan bangunan kondominium 
      mewah. 
      Kondominium yang terletak berhampiran Hotel Histana dan 
      Restoran V Garden itu, ternyata mencacatkan pemandangan, apatah lagi 
      kawasannya penuh longgokan kayu dan besi cerucuk. 
      Sekali gus, keadaan itu tentunya membahayakan 
      keselamatan penduduk berdekatan lalu-lalang dan menetap di kondominium 
      berhampiran dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus peka, dengan suasana 
      ini. 
      Mengulas senario itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran 
      Klang (MPK), Abdul Bakir Zin, berkata bangunan itu adalah milik MH Lumber 
      Sdn Bhd yang terbengkalai sejak 1999. 
      Dengan nada kesal, beliau berkata, MPK sudah mengambil 
      tindakan dengan mengadakan beberapa perbincangan dan menghantar notis 
      amaran kepada pemaju terbabit. 
      "Notis amaran sudah dihantar sejak tahun 2000 lagi 
      tetapi pemaju masih gagal mengatasi masalah itu kerana menghadapi masalah 
      kewangan," katanya ketika dihubungi Sentral.   |