This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penantian rumah 20 tahun berakhir

21/03/2005 Kosmo

KUALA LUMPUR - Penantian selama 20 tahun bagi 252 keluarga setinggan rumah panjang Kampung Kerinchi berakhir dengan penyerahan kunci perumahan rumah pangsa P20, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam kelmarin.


Ini bermakna rumah pangsa sembilan tingkat yang dilengkapi kemudahan empat lif itu kini sudah boleh diduduki selepas tertangguh ekoran kegawatan ekonomi pada 1997.


Paling bermakna, dengan keluasan rumah 719 kaki persegi, penghuni terlibat merupakan penduduk terakhir yang membeli rumah seumpama itu pada harga RM25,000.


Majlis penyerahan kunci disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Shahrlzat Abdul Jalil.


Menurut Shahrizat, harga asal yang ditawarkan kepada penghuni ialah RM25,000 iaitu pada 1992 sebelum pembinaannya tergendala semasa kegawatan ekonomi.


"Hasil perbincangan UMNO Bahagian Lembah Pantai bersama Nakkon (pemaju), harga asal itu dikekalkan," ujarnya.


Menurutnya Shahrizat, pada dua tahun pertama, penghuni flat ini cuma dikenakan bayaran penyelenggaraan RM20.15 berbanding RM45.00 sebulan.


Kebanyakan penghuni gembira kerana penantian 20 tahun itu berakhir walaupun terpaksa menunggu lama.


Pada majlis yang sama, Shahrizat turut menyumbangkan cenderahati kepada empat pelajar cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2004 kawasan berkenaan, Azira Hasan yang  memperoleh lOA, Juliza Syukor (8A), Mohd. Ismail Rosli (7 A) dan Norhadayati Haris (7A).

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.