This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

PBT tidak laksana OSC
29/03/2005 Kosmo

Seremban - Sebahagian besar pihak berkuasa tempatan (PBT_ yang masih tidak melaksanakan pusat sehenti atau one stop centre (OSC) diberi amaran bakal berdepan dengan lawatan mengejut daripada menteri berkaitan.

Ini berikutan kekecewaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting terhadap laporan bahawa hanya separuh daripada PBT mengamalkan OSC mengikut garis panduan yang ditetapkan.

"Saya dapat maklum balas bahawa sebahagian PBT tidak ikut garis pandauan, mereka kata sudah laksanakan OSC tetapi mereka tidak amal konsep ini menyebabkan OSC tidak berfungsi sebagai pusat sehenti. "Oleh itu, saya ingin ingatkan semua PBT, selepas ini saya sendiri akan buat lawatan mengejut. Jangan salahkan kementerian kalau kita terpaksa lakukan begitu," k atanaya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perbadanan-Perbadanan Malaysia kali pertama yang disertai wakil semua kerajaan negeri, Datuk-Datuk Bandar dan yang dipertua PBT dari seluruh negari di sini semalam.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.